“Bukan mak tak restu, tapi..” – Mak Safawi d3dah perangai sebenar Syifa

SEBOLEH-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.

“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai d4kwaan anaknya bergelut m4asalah prestasi kerana dikatakan berdepan te3kanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mend3saknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.

Syifa baik orangnya

“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.

Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.

Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.

Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya

Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.

Pesanan kepada Syifa

Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang t3kanan kepada anaknya itu.

Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.

‘Handbag I Dah Pvtus Lah..’ Syifa Melvin Kant0i Lagi

Tak pernah paksa kahwin, tak pernah minta satu sen duit Safawi!” itu kenyataan daripada pihak Syifa Melvin semalam selepas tular d4kwaannya ditvduh punca prestasi Safawi Rasid merudum.

Namun, di laman sosial Twitter pula kecoh apabila ada sebilangan netizen yang membongkar semula hadiah yang diterima oleh Syifa.

Barangan mewah antaranya tas tangan dan telefon pintar itu pernah dimuat naik sendiri oleh Syifa di akaun media sosial rasminya @syifamelvin sebelum ini.

Dipercayai, hadiah itu diberikan oleh individu paling rapat dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.

Pendedahan oleh sebuah akaun Twitter @meinmokhtar itu mendapat perhatian meluas daripada pengguna

Hingga ada dalam kalangan pengguna Twitter yang menyifatkan Syifa sebagai wanita mater1ialistik dan pis4u cukur

Saya tak pernah k0ngkong, minta duit dia’ – Syifa Melvin

Saya tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kariernya terjejas,” katanya kepada Harian Metro.

Syifa berkata, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kem3rosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh t3kanan daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga g4gal memberi aksi terbaik dalam padang.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata, dia s3dih apabila ditvduh menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesak Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 orang adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka sedang mempunyai masalah tahun lalu.

“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Manis

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kisah Kita

Sumber : MB

Be the first to comment on "“Bukan mak tak restu, tapi..” – Mak Safawi d3dah perangai sebenar Syifa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*