Hidayah Ambil Alih Instagram Abam, Kongsi Perkembangan Hamzah

Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd. Ali memaklumkan bahawa dia akan menguruskan akaun Instagram milik suaminya, @abam_bocik. Menurut Hidayah, akaun tersebut akan digunakan untuk berkongsi perihal anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
 
“Assalamualaikum. Kepada semua pengikut Allahyarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey), mulai hari ini (semalam) akaun Instagram ini akan dikendalikan oleh saya @hidayah_abam.
 
“Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah. Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram Abam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Kepada semua followers Allahyarham Syed Umar Mokhtar ( Abam Bocey) Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam . Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah. Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak instagram untuk Account ini. Terima kasih kepada semua. #abamjunior #syeduthmanhamzah #kitabaikramaisayang #doayangbaikbaik

A post shared by 🇲🇾 Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on

Menerusi posting tersebut, Hidayah turut memuat naik foto memaparkan anaknya, Hamzah selepas akaun tersebut tidak dikemas kini hampir sebulan. Jelasnya lagi, buat masa ini, dia akan mengekalkan penggunaan nama akaun @abam_bocik buat sementara waktu.
 
“Saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak Instagram untuk akaun ini. Terima kasih kepada semua,” kongsinya. Akaun Instagram @abam_bocik mempunyai seramai 2.5 juta pengikut. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Manis

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kisah Kita

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Hidayah Ambil Alih Instagram Abam, Kongsi Perkembangan Hamzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*