“Selama 25 Tahun Baru Saya Dapat Hidayah…,” – Tak Mahu Kufur Nikmat, Tumpah Akhirnya Air Mata Tya Arifin Cerita Proses Hijrah

Sebak tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin mengakui, pada mulanya hijab tiada dalam perancangan sempena kedatangan tahun 2020.

Walau bagaimanapun, mendapat ilham untuk memakai tudung sewaktu menghadiri majlis perkahwinan jiran di kawasan perumahannya pada 2 Februari lepas.

Meski sekadar mencuba, namun tanpa dia sedar, hari keesokannya terdetik di hati rambut dan auratnya harus dijaga dengan sempurna.

“Saya akan bercerita mengenai penghijrahan dan alhamdulillah saya sudah bertudung sekarang. Saya mula memakai tudung pada 2 Februari 2020 dan tiada perancangan langsung mengenainya.

“Pada waktu itu ada kenduri jiran dan waktu itu saya katakan kepada suami, mahu belajar memakai tudung. Suami agak terkejut dan memohon agar dia tidak menyebarkan berita ini. Saya masih lagi belajar.

“Saya kongsikan foto berhijab di laman Instagram dan mendapat banyak respon positif. Selepas daripada penampilan di majlis berkenaan, saya mula berasa tidak selesa apabila tidak berhijab dan mahu istiqamah,” jelasnya.

Dikurniakan segalanya dalam kehidupan namun punya ruang kosong dalam diri yang meminta untuk diisi.

Tidak mahu menjadi hambaNya yang kvfur nikmat, kata ibu kepada dua anak ini, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.

“Sebab terbesar saya berhijab ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.

“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu kufur nikmat.

“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.

“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.

“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.

“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.

Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.

“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.

“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.

“Saya juga sedar saya tidak mahu suami men4nggung d0sa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.

“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.

Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.

Malah, dia secara terbuka menyatakan foto lama tidak berhijab sengaja dibiarkan kerana ia sebahagian daripada proses penghijrahannya.

“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.

“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan p3nat.

“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.

“Tentang gambar terdahulu, ia satu proses perjalanan dan akan saya biarkan dalam laman Instagram,” tuturnya.

Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.

 

Ikuti temubual penuh perihal perkongsian tersebut di laman Youtube miliknya di sini;

Foto : Instagram & Youtube Tya Arifin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Manis

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kisah Kita

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Selama 25 Tahun Baru Saya Dapat Hidayah…,” – Tak Mahu Kufur Nikmat, Tumpah Akhirnya Air Mata Tya Arifin Cerita Proses Hijrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*